Sunday, 6 August 2017

MAKAN SATE KAJANG HAJI SAMURI NAIK MRT!!!

Assalamualaikum. Post kali ni bro nak share sikit pasal aktiviti bro dengan family hari ni iaitu pergi makan SATE KAJANG HAJI SAMURI dengan menaiki MRT SG BULOH-KAJANG. Fyi, MRT ada buat promosi diskaun 50% untuk semua destinasi bermula dari hari pertama MRT beroperasi sehinggalah hujung bulan Ogos (sempena Merdeka je ni hehe). Harga tiket dari sini ke Stadium Kajang hanyalah RM 2.00 (selepas diskaun). Btw, harga token dan touch n go adalah berbeza dan semestinya harga tiket lebih murah jika guna touch n go (kat kaunter sana boleh reload).


So, permulaan kami bermula daripada Stesen Kwasa Sentral (rumah 2 min je dari situ lol) pada hari Ahad . Kedai Sate Kajang tu berada kat Stesen Stadium Kajang. Kalau dari Stesen Kuasa Sentral tu ada lah jugak dalam 26 stesen untuk sampai Stesen Stadium Kajang dan anggaran masa perjalanan adalah 1 jam 10 minit (kalau kereta around 45 min kalau tak jam). Korang jangan risau kalau tren baru terlepas sebab MRT punya tren interval dia hanya 9 minit (tak lama macam KTM tu kira ok lah kan).



Dalam tren MRT amatlah selesa, bersih, agak luas dan yang paling penting air-cond tiptop yang amat penting bagi keselesaan para penumpang terutamanya kepada mereka yang membawa anak kecil. Bermula dari Stesen Kwasa Sentral tu, penumpang tidaklah ramai dan masih banyak tempat duduk kosong tapi apabila dah sampai stesen area KL seperti Muzium Negara dan Bukit Bintang, makin ramai orang mula menaiki tren teresebut dan semestinya mereka tidak berpeluang untuk duduk kerana tempat duduk agak terhad.


Duduk, tidur, bangun, tidur balik, akhirnya sampai lah kat Stesen Stadium Kajang. Macamana nak tahu dah sampai ke belum, tengok kat luar tingkap tu before sampai stesen tu, anda akan nampak Stadium Kajang (boleh nampak padang, spotlight tinggi). Lepas turun dari tren tu memang dah boleh nampak dah Restoran Sate Kajang Haji Samuri tu betul2 belakang tren , sebelah stadium Kajang.



So apa tunggu lagi, berlarilah kami semua untuk beratur ambil order sebab nampak queue dari atas SANGATLAH PANJANG!! Tips atau nasihat daripada kami, masuk dulu restoran tu cari seat kosong dan beratur dekat kaunter belah dalam. Ramai tak tahu atau tak perasan yang sebenarnya ada kaunter untuk order dan bayar kat dalam. Situ line lebih pendek dan tak payah beratur tengah panas.


Setelah beratur selama 10 minit (kira cepat lah tu), so tunggu dalam 30 minit , akhirnya sampai lah makanan kami. Pasal harga dan sedap tak sedap tu kami tak pandai komen sangat sebab pada kami sate Kajang ni amat memuaskan. Nak komen makanan sedap sila rujuk Vitdaily! Restoran tu juga ada menyediakan fasiliti seperti tandas dan surau yang selesa dan bersih .

Kesimpulannya, aktiviti pergi makan Sate Kajang menaiki MRT ini adalah aktiviti yang patut dicuba terutamanya bagi mereka yang berkeluarga kerana kemudahan MRT agak efisyen ditambah pula dengan kelazatan kuah sate Kajang hahaha. Sekian

2 comments:

  1. Terima kasih post yang berguna. Berpandukan post ini kami sekeluarga pun dah sampai di sate kajang guna mrt.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas post ini. Saya dan suami tak pasti stesen mana yang kami perlu berhenti untuk ke restoran sate kajang.

    ReplyDelete